Wednesday, May 7, 2008

Kemasukan Tingkatan Enam Bawah 2008

7 Mei 2008, senarai nama pelajar yang layak memasuki tingkatan enam bawah telah pun dikeluarkan. Namun, dalam 10 pelajar, kemungkinan hanya 3 pelajar sahaja yang akan mendaftarkan diri. Mengapa?

Yang sudah pasti, pelajar tidak berani mengambil risiko untuk menduduki STPM. STPM, diiktiraf oleh seluruh dunia oleh kerana status atau tahap peperiksaan yang mencapai taraf antarabangsa. Dalam erti kata lain, ia adalah salah satu peperiksaan yang tersukar di dunia setaraf dgn SAT (Scholastic Aptitude Test dan Scholastic Assessment Test).

Terdapat juga kes di mana pelajar 'malu' untuk belajar di tingkatan enam. Mengapa? jawapannya ialah baju sekolah. Mentaliti pelajar kini amat kolot. Hanya kerana tidak mahu memakai baju sekolah, mereka berhabis duit belajar di kolej swasta yang kosnya berlipat kali ganda berbanding belajar di sekolah yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Mentaliti kelas ketiga.